Panduan Bina Blog dengan Mudah dan Pantas.

Pengenalan Kepada SEO Buat Blogger Baru

Pengenalan Kepada SEO

Pengenalan Secara Menyeluruh Mengenai SEO

Ini merupakan artikel saya yang pertama di mana saya akan membahas mengenai SEO. Ketika 2 tahun lepas saya mula berjinak dengan dunia blogging, saya langsung tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai SEO itu. Benda tu di kira normal lah sebab tidak ada bayi yang lahir terus boleh bercakap, bayi akan mula menangis dan berkembang ke peringkat seterusnya.

Apa itu SEO? Persoalan pertama yang muncul di lubuk pikiran saya setelah 3-4 bulan berbloging. SEO adalah Search Engine Optimization yang membolehkan artikel kita di index pada carian engine seperti google, bing, dan yahoo. Mengapa kita berlumba-lumba supaya artikel kita boleh berada pada top SERP? Tidak lain tidak bukan adalah kerana mahukan traffik atau kunjungan yang tinggi dari pembaca.

Sebagai permulaan kepada pengenalan SEO, saya akan memberi penjelasan yang lebih terperinci mengenai SEO. Jika anda adalah seorang blogger yang baru berjinak dengan SEO adalah lebih anda belajar dari sini kerana saya akan berkongsi segala pengetahun mengenai SEO seperti mana yang telah saya pelajari dahulu kala.

#1 Mengenal SEO Secara UMUM

Apakah Itu SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO)?

Secara umumnya SEO adalah sesuatu atau apa saja perkara yang di lakukan untuk membolehkan kesemua artikel yang terdapat pada blog kita di index oleh mesin pencari seperti goggle, bing dan yahoo. Sebagai contoh anda search cara bina blog dengan mudah pada google, akan terpapar artikel berkaitan berdasarkan keyword yang anda taip pada google.

Apakah yang dikatakan Sebagai proses SEO? Proses SEO merangkumi banyak aspek dan ianya sudah pasti mengambil masa yang agak panjang serta memerlukan pengtahuan yang sudah pasti tidak dimiliki oleh semua blogger. Disebabkan pengetahuan itu tidak di miliki oleh semua blogger maka, ada baiknya kita belajar sedikit-sedikit lama-lama jadi bukuit.

Waktu saya belajar SEO dulu, saya mengalami kekeliruan dan terpaksa merujuk beberapa sumber dari otai blogger luar dan dalam negara. Penjelasan mengenai SEO masih kurang hanya kepada modifikasi koding template untuk jadikan template lebih optimize.

Mengapa dan Kenapa Perlunya ilmu SEO?

Kenapa perlu belajar SEO? Jika anda seorang blogger yang mementingkan pageview atau unique visitor pada blog anda maka SEO adalah teknik yang anda mesti pelajari. Jika blog anda berkonsepkan artikel yang di cari pembaca maka anda mesti belajar SEO. Kalau tak belajar SEO apa jadi? Tak jadi apa-apa, anda cuma rugi visitor je.

Saya bagi satu analogi jika anda memiliki satu bisnes atau produk kasut tumit tinggi? Bagaimana anda ingin memasarkan produk anda? jika anda adalah seorang blogger dalam masa yang sama ada bisnes part time jual kasut tumit tinggi.

Sudah pasti artikel anda yang ingin mempromosikan kasut tumit tinggi agak sukar untuk berada di top SERP Search Engine Result Page. Anda perlu mengetahui bahawa terdapat beribu-ribu orang menjalani bisnes yang sama seperti anda, walhal hanya terdapat 10 tempat saja di google untuk memaparkan artikel dengan keyword kasut tumit tinggi pada 1st Result Page.

Jadi secara ringkasnya, SEO adalah sebuah pertandingan yang di sertai oleh ribuan manusia. Yang mana yang ada power (Pengetahuan) mengenai SEO sudah pasti berada di hadapan yang lain. Anda perlu meyakinkan mesin pencari bahawa artikel anda adalah artikel yang di cari oleh pengguna dengan keyword tetentu. Caranya bagaimana? Dengan Ilmu SEO yang ada.

Bagaimana untuk menjadi Juara di Search Engine?

Berada di rangking pertama Search Engine pada sesuatu kata kunci adalah menjadi perjuangan blogger-blogger yang berkonsepkan info. Menjadi juara bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya di pengaruhnya oleh beberapa aspek. Antara aspek yang mempengaruhnya berdasarkan dapatan kajian yang saya lakukan adalah:

Usia Blog: Apa yang saya Maksudkan adalah Usia blog yang tua tidak semestinya juara di search engine tetapi blog yang baru berusia Seminggu sudah pasti masih memerlukan 1-2 bulan untuk bersaing dengan blog-blog yang lebih berusianya darinya. Tak percaya? Cuba buat blog baru, kemudian search kat google, ada masuk dalam list tak blog yang baru anda bina sejam-dua.

Webmaster: Webmaster adalah tool yang di sediakan oleh mesin pencari yang membolehkan anda menghantar sitemap anda pada mesin pencari untuk membolehkan ia lebih mudah di index. Webmaster google dan Webmaster Bing adalah dua mesin pencari yang saya utamakan.

Template: Pengunaan template turut mempengaruhi artikel blog anda untuk menjadi juara. Pastikan blog anda suda optimize dengan modifikasi beberapa html koding pada template. Kalau tak tahu nak modify cari saja di google banyak template free yang suda fully SEO.

Keyword: Pengunaan keyword boleh jadi seperti long tail dan short tail. Bagi saya adalah lebih baik menggunakan keyword long tail kerana kurangnya persaingan serta mampu mendapat traffik berdasarkan unexpected keywords.

Kualiti Artikel: Artikel yang berkualiti sudah pasti menjadi pilihan google, jika artikel tersebut berkualiti tetapi kopi paste nescafe anda akan berada di ranking bawah original content. Kebiasannya artikel yang berkualiti di olah dengan begitu panjang sekali dengan penggunaan beberapa keyword yang di selitkan dalam artikel serta penggunaan heading yang berbeza untuk beberapa sub-sub topik.

#2 Pengaruh Recommendation pada SEO?

Secara peribadi, apa yang saya ingin katakan Recommendation adalah pengaruh yang sangat kuat kepada kekuatan artikel sesebuah blog. Mungkin ada yang kurang faham apa itu recommendation? Recommendation adalah dengan melakukan promo sesebuah artikel pada orang lain melalui media social seperti facebook, twitter, google+, etc.

Bagaimana Cara untuk mendapatkan Banyak Recommendation?

Banyak kaedah yang boleh di guna pakai untuk mendapatkan recommendation antaranya adalah dengan melakukan SEO offpage. Kaedah ini adalah dengan mendapatkan backlink, promosi melalui lamai social, forum, bloglist dan banyak lagi.

Optimasi Offpage merupakan perkara yang agak sukar dan akan saya bincangkan dengan terperinci lagi di masa mendatang jika berkesempatan. SEO offpage sangat sensitif dengan ranking.

Itu sahaja yang mampu saya perincikan mengenai pengenalan kepada SEO untuk blogger baharu. Jadi sudah tahu kan, mengapa pentingnya SEO pada sesebuah blog. Kita akan pelajari lagi beberapa teknik yang lain dalam menghasilkan blog yang lebih kelihatan profesional.
Tag : Tips SEO
0 Komen untuk "Pengenalan Kepada SEO Buat Blogger Baru"

Terima Kasih Sudi Singgah Komen...

Back To Top