Panduan Bina Blog dengan Mudah dan Pantas.

Cara Blogging Berdasarkan Teknik SEO Google

Cara Blogging Berdasarkan Teknik SEO Google

Bagamana Cara Untuk Bina Blog dengan Tepat Menurut Google? Mungkin itu adalah persoalan yang bakal timbul buat blogger-blogger di luar sana yang masih gagal menjana trafik blog berdasarkan serach engine seperti google. Bnyak blogger yang keliru dengan cara yang tepat untuk mula berblog begitu juga dengan saya kerana kurangnya sumber dan research yang lebih mendalam lagi mengenai teknik-teknik blogging berkesan melalui SEO.

Menghasilkan blog yang cantik di mata manusia adalah perkara yang mudah jika di bandingkan menghasilkan blog yang cantik di mata Google. Kalau anda perasan kebanyakan blogger-blogger wanita memiliki template blog yang cantik tetapi belum tentu cantik di mata google sebaliknya blogger lelaki lebih suka kepada template blog yang simple dan cantik di mata google.

Kenapa saya katakan membina blog yang cantik di mata manusia adalah perkara yang mudah? Ini kerana anda hanya perlu memahami Koding html dari segi pengunaan warna dan struktur CSS itu sendiri. Grafik yang terhasil dalam sesebuah blog di pengaruhi oleh element warna, pengunaan imej serta struktur CSS itu sendiri.

Jika di bandingkan dengan Cantik di mata google ia di pengaruhi oleh banyak element yang menjadi pengukur kepada kekuatan SEO serta mampu kekal pada TOP SERP (Search Engine Result Page). Banyak blogger berhenti untuk blogging kerana tidak pernah memahami konsep Optimasi SEO dengan betul. Ada yang 2 tahun dalam dunia blogging pun masih lagi belum paham dengan SEO dan kepentingan SEO pada sesebuah blog itu sendiri.

Di sini saya akan nyatakan beberapa perkara yang perlu di titikberatkan sekiranya anda ingin menghasilkan sesebuah blog yang mesra Search Engine.

#Memilih Tema Blog Yang Dikuasai

Tema blog adalah perkara pertama yang perlu di titikberatkan bagi mengelakkan tercetusnya blog rojak yang mengandungi pelbagai genre yang tidak relevan antara satu sama lain. Sebagai contoh saya memiliki 3 buah blog pada domain utama yang mengandungi 2 sub domain. www.rahmadgraphic.my - domain utama (tema; grafik design, video tutorial, parodi). Sub domain seo.rahmadgraphic.my (tema; tutorial blog, cara bina blog, teknik seo) dan photo.rahmadgraphic.my (tema; photography, photoblog)

Nampak tak ketiga-tiga blog saya memiliki tema yang berbeza serta pengunaan template blog yang berbeza. Blog saya masih lagi dalam proses untuk di bangunkan dan itulah tema yang akan saya fokuskan kepada blog saya. Bagaimana pula dengan anda? Tema apa yang anda kuasai dan ingin fokuskan kepada kandungan blog anda.

Andaikan anda seorang pengguna internet yang ingin mencari maklumat mengenai cara bina blog. Adakah anda akan membaca artikel yang tidak mempunyai penerangan secara terperinci? Sudah pasti anda akan close dan cari artikel lain yang lebih terperinci penerangannya. Google mengukur kualiti sesebuah blog apabila pengunjung mengambil masa yang lama ketika mengunjung blog anda kerana pengujung inginkan maklumat pada blog anda. Oleh yang demikian hasilkan artikel yang berkualiti yang anda kuasai kerana ia mempengaruhi kekuatan blog anda di search engine.

Perubahan tema blog juga kadang-kadang terjadi seperti mana yang berlaku pada blog gosip terkenal beautifulnara.com yang dahulunya pada tahun 2007 berkongsi mengenai tempat-tempat menarik di korea lalu bertukar kepada cerita-cerita artis Malaysia kerana pengujung blog abg nara kebanyakannya sukakan ceritera artis Malaysia dan Perkembangan artis Malaysia. Bagi saya sendiri beautifulnara.com sudah mencapai tahap yang membanggakan kerana ianya di handle oleh seorang blogger sahaja.

Antara kesilapan blogger baru yang ingin memulai berblog adalah membahas topik yang baginya menguntungkan (traffik tinggi=income blogging) sebagai contoh gosip, fitnah, kejadian maksiat dsb. Dia masih lagi belum tahu mengenai SEO dan menguasi topik tersebut namun sudah copy & paste artikel-artikel berkenaan dari sumber-sumber tertentu. Bagi saya secara peribadi kemunculan blog baru gosip sudah tidak relevan lagi kerana terdapat banyak blog-blog gosip lain yang sudah establish di alam maya ini.

#Domain Percuma atau Berbayar?

Pengunaan domain percuma atau berbayar? Persoalan blogger baru mahupun blogger yang masih lagi menggunakan domain percuma. Sebelum itu kita fahamkan apa itu domain? Domain adalah alamat url yang berfungsi untuk memaparkan artikel pada blog kita di search engine dan laman sosial. Sebagai contoh www.rahmadgraphic.my adalah domain berbayar manakala rahmadgraphic.blogspot.com adalah domain percuma. Dalam erti kata lain rahmadgraphic.blogspot.com adalah sub domain kepada www.blogspot.com

Sudah pasti domain berbayar mempunyai kelebihannya sendiri dan banyak kes telah membuktikan bahawa domain berbayar lebih mudah menguasi kata kunci berbanding dengan domain percuma. Kenapa perkara ini terjadi? Ini kerana google lebih mengutamakan blog yang kata kuncinya atau urlnya unik. Maksudnya tak sama tetapi banyak di cari. Sebagai contoh jika domain .blogspot.com berjaya berada di 1st page google untuk artikel cara bina blog maka adalah agak sukar domain .blogspot.com yang lain untuk menyaingi yang sudah berada di 1st page google melainkan dengan penggunaan kata kunci yang berbeza serta pengunaan domain berbayar.

Jika anda kurang yakin dengan kekuatan optimasi SEO blog anda maka adalah lebih elok anda menggunakan domain berbayar kerana ianya lebih mesra di search engine dan lebih mudah untuk menguasi kata kunci jika di bandingkan dengan domain yang percuma.

#Pemilihan Nama Domain?

Sekiranya anda memutuskan untuk menggunakan domain berbayar. Nama domain manakah yang sesuai bagi anda?  Adakah ianya perlu bergaya walaupun tak lawa? Anda perlu melakukan sedikit research mengenai pemilihan nama domain kerana ia sangat mempengaruhi blog anda pada carian engin berdasarkan nama domain sahaja.

Kenapa perlu anda berhati-hati semasa memilih nama domain? Ini kerana nama domain anda beli/bayar bukannya anda pungut dari longkang. Ia menggunkan duit anda, jadi jangan sia-siakan pemilihan nama domain yang terbaik yang memberi manfaat kepada anda.

Jangan cuba memilih nama domain yang tidak jelas atau samar-samar sebagai contoh alfkjnalj.com, akukesahkau.net dsb. Domain seperti Google.com dan Yahoo.com dipilih adalah bertujuan untuk trademark mereka jadi anda tidak perlu ikut seperti itu melainkan anda mempunyai dana yang besar untuk membina trademark anda sendiri pada domain yang anda beli.

Sekiranya anda ingin membina blog mengenai produk butik anda. Anda boleh gabungkan nama anda serta butik sebagai kata kunci pada domain yang anda beli. Ia akan menjadi seperti ini www.butikrozana.com Rozana adalah nama owner butik tersebut dan ianya berfungsi sebagai unik keyword dan memudahkannya untuk di search di carian engine dengan keywords butik rozana.


Tag : Tips SEO
1 Komen untuk "Cara Blogging Berdasarkan Teknik SEO Google"

uik..bro blog bru lg..hihi..done follow :)
gud luck too

Terima Kasih Sudi Singgah Komen...

Back To Top