Panduan Bina Blog dengan Mudah dan Pantas.

Cara Buat Saiz Gambar Maksimum Dalam Blog

Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk mengubah saiz gambar pada artikel anda yang mempunyai kelebaran yang sama pada bahagian artikel anda.

Sebelum ada mengikuti tutorial ini anda perlu ketahui cara upload gambar ke artikel dan kemudiannya barulah ada lihat bagaimana cara ubah lebar gambar pada saiz yang maksimum.

Jika anda tidak tahu upload gambar ke artikel bagaimana anda hendak ubah lebar gambar jika tiada gambar yang di upload.

Kelebaran gambar adalah bergantung kepada saiz template. Kelebihannya di sini jika anda menukar ke template yang mempunya lebar yang tidak sama dengan template sebelumnya, gambar ini akan secara automatik mengikut format lebar template yang baru.

Langkah 1:
Login Ke Akaun Blogger anda

Langkah 2:
Klik Create New Post

Langkah 3:
Upload gambar yang berkaitan dengan artikel anda

Langkah 4:
Setelah gambar di upload. Klik HTML
Cara Buat Saiz Gambar Maksimum Dalam Blog

Langkah 5:
Ubah pada bahagian height/tinggi dengan "auto" manakala pada bahagian width/lebar ganti dengan nilai "100%"
Cara Buat Saiz Gambar Maksimum Dalam Blog

Langkah 6:
Setelah mengubah lebar dan tinggi pada imej. Klik compose dan kemudian publish artikel anda. Mudah bukan.

Anda boleh melihat demo pada pautan link berikut:
DEMO LEBAR GAMBAR 100%
Tag : Bina Blog
0 Komen untuk "Cara Buat Saiz Gambar Maksimum Dalam Blog"

Terima Kasih Sudi Singgah Komen...

Back To Top