Panduan Bina Blog dengan Mudah dan Pantas.

Nuffnang: Menjana Income Sampingan Dengan Blog

Nuffnang: Menjana Income Sampingan Dengan Blog

Apa itu nuffnang? Persoalan yang muncul buat pertama kalinya pada tahun 2010 buat saya apabila mula mengeksplorasi janaan pendapatan sampingan melalui blog. Syarikat Nuffnang mula bertapak sebagai orang tengah kepada publisher (blogger) dan pengiklan (syarikat besar, celcom, dg, samsung, etc) sekitar tahu 2007.

Nuffnang semakin mendapat tempat dalam kalangan blogger terutamanya kerana mereka tidak terlalu memilih untuk menerima sesebuah blog supaya layak menjadi publisher mereka. Dalam erti kata lain semua blogger layak berdaftar di bawah nuffnang. Nuffnang tidak terlalu menitikberatkan jumlah traffik blog untuk menjadi publisher mereka.

Bagaimana nuffnang boleh menjana income pada blog? Berdasarkan pengelaman saya bersama nuffnang selama 2 tahun lebih terdapat beberapa jenis iklan yang boleh menjana pendapatan antaranya adalah CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns. Iklan ini dapat menjana earning yang boleh di katakan masyuuk namun begitu, ianya bermusim dan kadang-kadang langsung tak dapat.

Berdasarkan Iklan jenis CPUV atau kebiasaannya blogger memanggilnya sebagai buffered earning. Jadi jangan hairan lah mengapa blogger post artikel bila dapat buffered earning kerana benda ni bermusim. Ada blogger lain kata yang Nuffang ni pilih bulu bila nak bagi buffered earning.

Banyak tips telah di kongsikan oleh blogger lain bagaimana supaya terpilih untuk mengiklankan jenis iklan CPUV pada blog. Antara tips yang saya rasa boleh di guna pakai adalah pastikan senantiasa update blogger profile dan survey 2 bulan sekali. Update jam 12.00 am ikut jam nuffnang supaya benda yang anda update di baca oleh sistem mereka terlebih dahulu jika di bandingkan dengan blogger lain.

Jenis iklan lain pula adalah seperti CPC (Click Trough Ratio) Campaign yang menjana pendapatan berdasarkan jumlah klik sahaja. Sebaiknya anda jangan klik iklan anda sendiri bagi mengelakkan berlakunya fraud klik yang menyebabkan akaun anda di sekat mungkin. <--Tak Pasti tak pernah experiment klik sendiri.

Selain itu nuffnang juga memiliki CTR (Click-Through-Ratio) Bonus iaitu satu sistem yang akan memberi anda bonus berdasarkan paparan iklan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki 1000 pengunjung blog yang view iklan tersebut dan 2 daripada 1000 pengunjung blog tersebut mengklik iklan nuffnang anda. Melalui kiraan matematik 2/1000 X 100% = 0.2%. CTR anda adalah sebanyak 0.2%, Semakin tinggi CTR anda, Semakin banyak extra bonus anda dapat.

Akhir sekali adalah Sponsor Post iaitu sebuah iklan yang berformat artikel dalam erti kata lain memerlukan olahan ayat yang baik serta mantap. Selama mana bersama nuffnang saya sekali pun tidak pernah menerima sponsor post dari mereka. Mungkin kerana blog saya dulu tidak memiliki niche yang mantap dan olahan serta struktur ayat saya kurang menarik.

Bukti Pembayaran Nuffnang, Payment Proof Nuffnang

Sejarah bersama nuffnang telah memberi pendapatan sampingan kepada saya walaupun jumlahnya tidak lah banyak. Tapi ianya cukup untuk saya membeli coki-coki, meggi di giant. Maklum lah kalau student nak harap ptptn je memang tak cukup jika tiada site income alternative yang lain.

Sebanyak RM1,316.06 berjaya saya jana selama 2 tahun bersama nuffnang. Traffik blog saya memng ciput sebab tulah sikit je dapat jana. Cara cashout adalah melalui cek yang mereka hantar ke alamat anda dan memerlukan sekurang-kurangnya 60-90 hari masa bekerja baru cek tu sampai. Dah sampai cek tu bolehlah cashout kat akaun bank anda.

Di harapkan penerangan serba sedikit menjana income sampingan melalui blog yang bertempek iklan nuffnang mampu memberi sedikit info kepada mereka yang mahu menjadi publisher nuffnang. Yang paling penting sekali kekalkan status Glitterati jika bersama nuffnang kerana mereka menolak poligami dalam erti kata lain tidak mahu di duakan dengan syarikat pengiklan lain. Ikuti tutorial saya iaitu cara daftar blog ke nuffnang dan letak iklan nuffnang.
Tag : Money Online
9 Komen untuk "Nuffnang: Menjana Income Sampingan Dengan Blog"

bestnya ada jugak rezeki dari nuffnang blh jdkan part time income. tahniah

Alhamdulilah.. Ble lh digunakan utk bayar bil bulanan berukband.. hee

round round terjumpa blog ni.hehe.mmg berkesan tips yg diberikan..harap smua disin dpt support satu sama lain..jemputlah dtg ke blog http://blogyangkosong.blogspot.com.. moga2 earnings kite smua bertambah..huuhuh..jgn lupe klik ads nuffnang juge ye..hehe

tq untuk tips yang amat berguna.

mari singgah baca enovel saya disini http://enieysuryani.blogspot.com/

ciput ?1300 2 tahun bagi aku satu achievement yg memberangsangkan juga . Haha . Btw thanks for the info

Thanks diatas perkongsiannya.Saya baru berjinak-jinak dgn iklan nuffnang ni. Boleh lah rakan2 law at blog saya mohammadrahmatderise.blogspot.my

Terima Kasih Sudi Singgah Komen...

Back To Top