Panduan Bina Blog dengan Mudah dan Pantas.

Cara Buat Sign atau Pattern Pada Setiap Akhir Entri

Cara Buat Sign atau Pattern Pada Setiap Akhir Entri
Menghasilkan signature atau pattern pada setiap kandungan entri atau artikel yang anda terbitkan dapat membantu proses branding serta authorship pada setiap artikel anda. Tandatangan atau pattern seseorang blogger terletak pada setiap akhir penulisan artikel.

Bagaimana meletakkan digital signature pada artikel yang anda terbitkan? Caranya mudah sahaja, anda perlu melakukan sedikit modifikasi pada bahagian template blogspot anda dengan menyelitkan penggunaan elemen imej yang mempunyai latarbelakang transparent.

Terdapat satu laman web yang menawarkan perkhidmatan signature secara percuma tanpa perlu berdaftar atau sign up pada laman tersebut. Dalam tutorial ini saya akan menerangkan bagaimana membuat digital signature dan seterusnya memasukkan signature tersebut ke template anda. Digital signature juga boleh di hasilkan pada photoshop dan pastikan anda menggunakan fail dalam format PNG ataupun GIF.

Cara Buat Digital Signature Percuma

Langkah 1:
Pergi ke laman MyLiveSignature

Langkah 2:
Klik Start kemudian klik Creating a new signature or font >> using the signature creation wizard seperti pada paparan rajah berikut:

Cara Buat Signature

Langkah 3:
Masukkan perkataan atau wording yang anda mahukan untuk di jadikan signature. Kemudian klik Next
Cara Buat Signature

Langkah 4:
Pilih jenis tulisan yang anda mahu gunakan. Dalam contoh ini saya memilih jenis tulisan no 10. Klik next
Cara Buat Signature

Langkah 5:
Pilih jenis saiz signature yang anda mahukan. Saya pilih saiz no 2. Klik Next
Cara Buat Signature

Langkah 6:
Pilih jenis warna signature yang anda mahukan bersesuaian dengan cita rasa anda. Sebaiknya pada bahagian background kita kekalkan transparent.
Cara Buat Signature

Langkah 7:
Pilih jenis orentasi signature anda. Adakah anda mahu ia sedikit condong atau sebaliknya. Kemudian klik next.
Cara Buat Signature

Langkah 8:
Download signature anda dan save ke lappy/komputer anda.
Cara Buat Signature

Selesai untuk part bina signature anda sediri. Anda perlu upload signature yang anda download ke blogspot untuk mendapatkan url imej signature tersebut
http://4.bp.blogspot.com/-rjMf6MwIJqg/U1X7pklMGpI/AAAAAAAABcg/cpqbd-EaWLw/s1600/rahmadsign.png

Upload signature anda seperti signature yang saya hasilkan pada rajah atas. Tidak tahu cara upload imej? Baca tutorial saya yang lepas iaitu cara upload imej ke artikel

Cara dapatkan url imej, Mozilla >> right klik signature tersebut dan copy link location manakala untuk Google Chrome >> right klik imej tersebut dan copy imej URL

Cara Letak Signature Pada Template Blogspot

Peringkat seterusnya adalah meletakkan signature pada template blogspot anda. Ini memerlukan sedikit kepakaran koding untuk anda mencari koding yang di perlukan. Caranya tidaklah sukar kerana saya sudah sertakan pattern koding yang perlu anda cari pada template anda.

Langkah 1:
Login ke akaun blogger >> klik template >> edit html

Langkah 2:
Tekan Ctrl+F(win) atau Command+F(mac) untuk menghidupkan fungsi carian. Setelah anda tekan shortkey tersebut kotak carian akan terpapar.
Cara Letak Signature Pada Template Blogspot

Langkah 3:
Cari kod berikut:

*Nota terdapat dua kod
yang akan ditemui pada template yang mempunyai versi mobile dan desktop.

Langkah 4:
Copy kod dibawah ini dan pastekan di atas kedua-dua kod yang anda temui pada langkah 3

Ia akan kelihatan seperti berikut:
Cara Letak Signature Pada Template Blogspot

Keterangan:
http://4.bp.blogspot.com/-rjMf6MwIJqg/U1X7pklMGpI/AAAAAAAABcg/cpqbd-EaWLw/s1600/rahmadsign.png ~ gantikan url ini dengan URL signature anda

~ Jarak signature dari petikan akhir tulisan pada artikel anda. Dalam erti kata lain
adalah ruang satu kali enter.

Klik Preview dan lihat hasilnya. Setelah anda berpuas hati Klik SAVE TEMPLATE

Anda boleh lihat signature live demo di sini

1 Komen untuk "Cara Buat Sign atau Pattern Pada Setiap Akhir Entri"

Terima Kasih Sudi Singgah Komen...

Back To Top