Panduan Bina Blog dengan Mudah dan Pantas.

25 Perkara yang diambil kira sebelum hasilkan Website

25 Perkara yang diambil kira sebelum hasilkan Website

1.    Domain

Pilih nama dimain yang mudah untuk diingat. Pilih dengan tepat samada anda mahu gunakan domain .COM, .NET, atau lain-lain

2.    Hosting

Pilih hosting yang boleh dipercayai yang mempunyai kelajuan sever yang baik. Tentukan nilai kapasiti yang anda perlukan untuk hosting data anda.

3.    Teknologi

Guna teknologi pengaturcaraan yang terkini seperti HTML5, CSS3, PHP, JQUERY, JavaScrip, etc

4.    Tujuan

Tentukan tujuan anda menghasilkan website samada untuk bisnes, korporat, e-commerce, shopping online, etc

5.    Warna & Layout

Warna mempengharuhi rasa ketika melayari website anda. Layout yang kemas sudah pasti menjadi pilihan.

6.    Site Map

Mempunyai site map dan flow chart yang jelas.

7.    Kandungan

Website anda mestilah membekalkan kandungan yang berinformasi dan bagus kepada pelayar internet. Target beberapa kata kunci untuk berada di top SERP search engine seperti google

8.    Pengunjung

Anda mesti mengetahui siapa pengunjung yang melayari website anda, kemudian anda boleh menghasilkan kandungan yang boleh menarik mereka untuk mengunjungi website anda.

9.    Advertisment

Jangan terlalu tamak sehingga meletakkan terlalu banyak iklan di website anda. Jika tidak perlu, jangan letakkan terlalu banyak iklan cukup sekadar 3 @ 4 supaya fokus pembaca tidak hilang.

10.    Pop Up Messages

Elakkan menggunakan pop up messages/ads. Ia adalah merupakan perkara yang paling merimaskan kerana loading yang lambat dan kadangkala anda tidak boleh menutup pop up messages tersebut.

11.    Reka Bentuk Menarik

Website yang bagus seharusnya memiliki reka bentuk yang simple namun professional

12.    Button

Hasilkan butang yang mampu menangkap minat pelayar internet unttuk menekan butang tersebut seperti butang media sosial, buy now atau download now.

13.    LatarBelakang

Anda boleh pilih latarbelakang yang kelihatan jelas, bewarna-warni, atau yang berpattern.

14.    Imej

Pilih kandungan imej yang mampu memberi impression kepada sesiapa yang melihatnya. Pastikan imej yang dimuat naik ada perkaitannya dengan kandungan artikel.

15.    Navigasi yang Mudah

Pengguna boleh mendapatkan apa yang mereka cari dengan mudah dengan adanya search box

16.    Unik

Terdapat banyak website bagus diluar sana, tapi anda perlu jadikan website anda unik daripada yang lain.

17.    Segar

Pastikan website anda sentiasa up to date bagi memastikan pengunjung anda datang kembali membaca tampilan artikel terbaru.

18.    Dioptimumkan

Website yang bagus mestilah mesra Search Engine. Maksudnya website anda mudah dicari melalui carian engine dengan kata kunci tertentu.

19.    Pelayar

Website yang bagus mestilah boleh dipaparkan pada setiap pelayar morden seperti Goggle Chrome, Mozilla Firefox dan Safari.

20.    Resolusi Skrin

Dahulunya reka bentuk web memiliki lebar 980px. Namun begitu, reka bentuk web yang responsif semakin popular dimana sebuah website boleh direka dengan lebar sehingga 1230px. Responsif template boleh dipaparkan pada smartphone, tablet, atau deskop.

21.    Sosial Media

Pastikan anda meletakkan butang Sosial Media dengan website anda bagi memudahkan perkongsian kandungan website.

22.    Typography

Pilih jenis tulisan yang mudah untuk dibaca. Pastikan anda tidak menjulingkan mata pembaca apabila mereka membaca teks anda.

23.    Registeration

Jika pengunjung anda perlu berdaftar untuk berinteraksi denganwebsite anda, berikan mereka welebihan tertentu jika mereka berdaftar diwebsite anda.

24.    Tracking dan Analisa

Dengan penggunaan kode tracking google analytic anda boleh memantau website anda dan bagaimana untuk mengoptimasikannya.

25.    Keselamatan

Pengunjung harus merasakan selamat apabila mereka meninggalkan informasi pada website anda. Terutamanya apabila melibatkan data contact detail atau nombor kad kredit.
Tag : Bina Blog
0 Komen untuk "25 Perkara yang diambil kira sebelum hasilkan Website"

Terima Kasih Sudi Singgah Komen...

Back To Top